Selamat Datang Ke Blog Kami
I-Pendidikan Moral
PENDAHULUAN
Pendidikan Moral merupakan
salah satu daripada mata pelajaran wajib
bagi peringkat sijil,diploma dan
ijazah di semua institusi pengajian
tinggi
swasta (IPTS). Mata pelajaran ini
adalah khas untuk semua pelajar bukan
Islam. Menurut Agensi Kelayakan Malaysia
(Malaysian Qualifications
Agency),mata pelajaran Pendidikan Moral
bertujuan membentuk individu
menyeluruh dan seimbang , matang dan bermaklumat,
yang berupaya
manaakul, berperasaan dan bertingkahlaku moral ke arah
pembangunan
masyarakat beretika yang adil dan berkepedulian. Pelajar yang sudah
melalui program Pendidikan Moral ini diharapkan dapat:
✔ Menyatakan kepentingan pendidikan moral
✔ Menerangkan konsep-konsep asas etika
✔ Menerangkan jenis-jenis nilai moral
✔ Menghuraikan gagasan tentang agen moral
✔ Menjelaskan beberapa teori etika dan kritikannya
✔ Membincangkan masalah dan isu moral
Pelajar pengajian tinggi wajib lulus mata
pelajaran Pendididkan Moral sebagai pra
syarat sebelum menerima sijil, diploma, atau ijazah.
Buku ini ditulis khas untuk pelajar peringkat sijil dan diploma berdasarkan sukatan pelajaran yang terkini. Setiap bab ditulis selari dengan kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Moral untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di IPTS.
RUKUN NEGARA
Rukun negara Malaysia merupakan ideologi
kebangsaan yang lahir selepas kajadian hura-hara pada 13 Mei 1969 yang
dibacakan secara rasmi untuk kali pertama pada 31 Ogos 1970. Tujuannya adalah
untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang beragama, setia kepada Raja dan
negara, mematuhi undang-undang dan bersikap moral dalam kehidupan harian dari
segi pertuturan dan tingkah laku.
Mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara
satu cara hidup demokratik;
Mencipta
satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara
adil dan saksama;
Menjamin
satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai
corak.
Membina
satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung
cita-cita hendak:





MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
- KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
- KELUHURAN PERLEMBAGAAN
- KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
- KESOPANAN DAN KESUSILAAN
MATLAMAT DAN OBJEKTIF BUKU
Buku Pendidikan Moral ini disediakan secara interaktif di mana pelajar dapat mempelajari kandungan sukatan pelajar secara interaktif. Bahasa yang digunakan mudah dan pelbagai jenis rangsangan seperti lakaran,peta minda,gambar dan aneka jenis format penulisan digunakan untuk membawa mesej moral yang terkandung dalam sukatan pelajar secara menarik dan dinamik. Di antara perbincangan dan fakta, terdapat soalan-soalan rangsangan minda untuktujuan refleksi pelajar. Di akhir setiap bab ada disediakan sesi refleksi dan soalan pengukuhan untuk meningkatkan tahap pemahaman dan pemikiran kritikal pelajar.
Bab 7 disediakan khas untuk menunjukkan keserasian praktis Pendidikan Moral dalam kehidupan seharian kita. Pensyarah dan pelajar boleh menggunakan masa dan budi bicara masing-masing untuk mengembangkan bidang kerja amal yang dicadangkan. Walaupun kandungan bab ini tidak ditulis secara langsung dalam sukatan pelajaran, pengalaman penulis dan beberapa kajian peringkat sarjana di IPTA menunjukkan kerja amal boleh menghubungkaitkan pembelajaran teori di bilik kuliah dengan pengalaman praktikal dalam komuniti pelajar.
Penulisan berharap bahawa Pendidikan Moral yang selalunya dianggap sukar dan membebankan menjadi menarik dan meningkatkan tahap pemahaman pelajar di IPT. Pendidikan Moral menyediakan pelajar IPT agar bersedia untuk alam pekerjaan dan menjadi pekerja yang produktif dan berperwatakanbaik dari aspek pemikiran,perasaan dan perlakuan moral.
KEPENTINGAN PENDIDIKAN MORAL
Mata pelajaran Pendidikan Moral bertujuan untuk membentuk individu yang menyeluruh dan seimbang, matang dan bermaklumat, yang berupaya menaakul,berperasaan dan bertingkah laku moral ke arah pembangunan masyarakat beretika yang adil dan berkepedulikan .Pendidikan Moral yang ajar di peringkat diploma dan sijilmembuka pelbagai perspektif kepada pelajar untuk memahami kemoralan dalam kehidupan bermasyarakatan dan global .Fokus bukan hanya kepada individu yang bermoral tetapi kesan kemoralan individu tersebut kepada masyarakat dan persekitaran.
PENGENALAN
Modul Pendidkan Moral ini digubal bagi pelajar Kursus Penguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SRI) Major Prasekolah. Modul ini merupakan modul pembelajaran kendiri yang berjumlah satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah.
Agihan tajuk dalam modul ini adalah mengikut sukatan pelajaran Pendididkan Moral KPLI dan disusun mengikut enam tajuk utama iaitu Tajuk 1-Konsep Asas Moral, Tajuk 2-Teori Etika, Tajuk 3-Individu Bermoral, Tajuk 4-Peranan Sosialisasi dalam Pembentukan Tingkah laku individu, Tajuk 5-Isu-isu Moral, Tajuk 6-Apresiasi Moral.
Bagi setiap tajuk, nota ringkas disediakan untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman terhadap isu kandungan kursus. Selain daripada mempelajari bahan dalam modul ini, pelajar digalakkan merujuk kepada pelbagai sumber yang lain yang relevan kepada mata pelajaran Pendidikan Moral. Dalam setiap tajuk disediakan aktiviti-aktiviti untuk membantu anda lebih memahaminya.
Semoga modul ini dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan ke arah kecemerlangan pendidikan.
Tajuk Pembelajaran
Tajuk:
1.1 Konsep Asas Moral
Sebelum perbincangan bermula, cuba and fikirkan
apakah yang dikatakan sebagai sesuatu amalan atau tindakan moral? Dalam perbincangan yang seterusnya kita akan melihat apakah pertalian antara konsep baik, benar dan patut. Kita juga akan mengenal pasti konsep asas moral dari perspektif peraturan moral, adat, agama dan undang-undang.
a) Konsep Moral
Moral
berasal dari bahan Latin moralitas yang bererti cara, perwatakan dan
tingkah laku yang diterima. Konsep moral membawa pengertian kesedaran tentang
ajaran atau pegangan berkenaan dengan baik buruk sesuatu perbuatan,sikap atau cara berkelakuan yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, konsep moral ini merujuk kepada kawalan tingkah laku yang berlandaskan standard-standard yang dihayati serta diamalkan oleh seseorang individu. Seseorang yang dikatakan memiliki tingkah laku yang bermoral jika tingkah laku tersebut berdasarkan prinsip-prinsip atau peraturan-peraturan yang diterima.
b) Konsep Etika
Perkataan etika dari Bahasa Latin ethica
merupakan salah satu cabang utama
falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Etika juga merujuk kepada maksud kebiasaan atau cara. Oleh itu, etika boleh ditakrifkan sebagai suatu kajian sains tentang kelakuan manusia dalam masyarakat yang juga merupakan satu set peraturan tingkah laku atau undang-undang yang digubal bersama oleh ahli masyarakat tersebut. Tujuan kod-kod etika digubal bersama ini adalah bertujuan sebagai garis panduan kepada tingkah laku sesuatu kumpulan untuk mengawal, menjamin dan melindungi tingkah laku yang bermoral dalam kumpulan tersebut, misalnya etika guaman dan sebagainya.
c) Konsep Akhlak
Akhlak berasal dari kata “akhlaq” yang
merupakan jama” dari “khulqu” dalam bahasa Arab. Ertinya ialah perangai, budi, tabiat dan adab. Perkataan akhlak secara terminologi bererti tingkah laku seseorang yang didorong oleh suatu keinginan scara sedar untuk melakukan sesuatu perbuatan yang baik. Perkataan akhlak juga membawa maksud budi perkerti seseorang individu. Budi perkerti di sini merujuk kepada kelakuan atau gerak-geri seseorang. Akhlak merupakan sifat semula jadi yang dimiliki individu dan juga sifat yang memilikinya menerusi latihan dan rangsangan , iaitu batin dan zahir dalam bentuk perlakuan.
1.2 Konsep Baik, benar dan patut
a) Konsep Benar
Sebenarnya idea baik boleh menberi
makna yang berbeza mengikut situasi tertentu. misalnya, "Pisang ini baik" merujuk kepada maksud "pisang itu" sedap rasanya. Apabila kita memuji seseorang itu baik hatinya, maka makna "baik" di sini merujuk kepada sifat-sifat yang suka membantu atau empati. oleh itu, konsep baik merupakan penerimaan atau sikap psikologi individu. Apa yang jelas di sini ialah sesuatu yang baik memang memenuhi keperluan kita serta membawa kepuasan kepada kita.
b) Konsep Benar
Perkataan "benar" bermaksud betul dan mengandungi ciri-
ciri penjelasan nilai. Sesuatu yang dianggap "benar"
mempunyai fakta-fakta,sebab-sebab dan bukti-bukti yang
sah atau diterima oleh majoriti.
c) Konsep Patut
Patut boleh diertikan seharus,mesti atau sesuai
menyatakan "patut" membawa erti yang sama dengan
"baik" kerana mempunyai unsur bertindak secara waras
dan bijaksana.Konsep patut memerlukanpenilaian intristrik
yang perlu :
1.3 Peraturan Moral,dan Adat
Perbincangan berikut bertujuan mengenal pasti konsep
asas moral dari persektif peraturan moral,dan adat
.Bahan bacaan untuk bahagian dipetik
daripada buku Pendidikan Moral untuk pelajar-pelajar
KPLI,LPBS dan PISMP Maktab-maktab Perguruan.
a) Perbezaan antara Peraturan Moral dengan Adat
b) Konsep Benar
Perkataan "benar" bermaksud betul dan mengandungi ciri-
ciri penjelasan nilai. Sesuatu yang dianggap "benar"
mempunyai fakta-fakta,sebab-sebab dan bukti-bukti yang
sah atau diterima oleh majoriti.
c) Konsep Patut
Patut boleh diertikan seharus,mesti atau sesuai
menyatakan "patut" membawa erti yang sama dengan
"baik" kerana mempunyai unsur bertindak secara waras
dan bijaksana.Konsep patut memerlukanpenilaian intristrik
yang perlu :
- memberi pertimbangan terhadap satu standard yang boleh diterima oleh manusia
- memberi tafsiran secara psikologi terhadap fakta-fakta yang wujud
- memberi persetujuan kerana mempunyai pendapat yang
- sama atau mempunyai sifat-sifat yang sama
- tidak setuju dengan sesuatu kelakuan
1.3 Peraturan Moral,dan Adat
Perbincangan berikut bertujuan mengenal pasti konsep
asas moral dari persektif peraturan moral,dan adat
.Bahan bacaan untuk bahagian dipetik
daripada buku Pendidikan Moral untuk pelajar-pelajar
KPLI,LPBS dan PISMP Maktab-maktab Perguruan.
a) Perbezaan antara Peraturan Moral dengan Adat
Tajuk 2 :
2.1 Konsep Nilai
Tajuk yang seterusnya akan menumpu kepada konsep nilai,jenis-jenis nilai dan teori etika.Teori Etika Teleologikal,Teori Deontologi dan Teori Virtue akan dihuarai seterusnya.
Nilai merupakan standard dan prinsip kita dalam mempertimbangkan harga sesautu benda.Nilai juaga merupakan kriteria bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda,situasi dan manusia.Dengan ini,nilai jelas dilihat sebagai suatu kualiti,motif atau piawai norma yang ada dalam pertalian antara benda,fikiran dan pemilikan.
Secara amnya,nilai bertindak sebagai ukuran yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral. Nilai juga berfungsi sebagai dasar untuk menetukan apakah yang harus dicabar,sihujah,diubah atau dipertahankan.Ia merupakan panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan dan menghadkan perlakuan seseorang.
2.2 Jenis-jenis Nilai
Individu selalunya menggunakan sesuatu nilai dalam pelbagai konteks dan cara.Oleh itu wujudlah pelbagai jenis,iaitu :
- Nilai instrumental berbandung dengan Nilai Instrinsik
- Nilai Objektif berbanding dengan Nilai Subjektif
Nilai instrumental berbanding dengan Nilai Instrinsik
Nilai Objektif berbanding dengan Nilai Subjektif
Rumusan
Nilai merupakan satu aspek penting dalam mencorakkan budaya hidup manusia.
Sistem nilai terbentuk melalui proses pengukuhan dan penerimaan nilai dan sistem sosial.Ia adalah penting dalam hubungan sosial atau individu dengan masyarakat untuk menjamin kestabilan masyarakat dan kehidupan yang baik sesama manusia.Oleh itu,nilai moral biasanya merupakan sesuatu yang normatif atau patut dilakukan.Manakal nilai bukan moral adalah yang sebaliknya.Individu yang menghayati sesuatu nilai akan melakukan sesuatu yang berkaitan dengan nilai itu.Sebaliknya dia tidak akan melakukan sesautu yang dirasakan bercanggah dengan nilai yang diamalkannya.
2.3 Teori-teori Etika
Sekarang kita akan meneruskan penerokaan ke alam Teori Etika.Di bawah tajuk ini anada akan memahami teori-teori etika yang berkenaan tingkah laku manusia yang betul atau wajib.Teori-teori etika yang akan diterokai termasuklah teori teleologikal,teori deontologikal,teori kemoralan sosial dan teori keperibadian mulia.
2.3.1 Teori Teleologikal
Teori ini mengatakan bahawa nilai "betul" atau "salah" bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan.Keputusan yang terakhir bergantung kepada jumlah bandingan perkara-perkara baik atau betul yang dilakukan,sama ada secara langsung atau tidak langsung iaitu perbandingan antar baik dan buruk,betul dan salah.Ini bereti sesuatu tindakan atau perbuatan perlu dilakuka sekiranya ia membawa lebih banyak atau bertujuan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan mengikut peraturan yang berkenaan.
Tajuk 3 :
3.1 Dimensi Moral
Seorang insan yang berakhlak mulia yang sempurna mengamalkan ketiga-tiga dimensi moral iaitu :
a. Pemikiran Moral yang merupakan penaakulan dan pertimbangan secara rasional dan bebas.Ini bermaksud seseorang individu yang mempunyai pemikiran moral dapat memikirkan sesuatu dilema moral dan nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat.Prinsip keadilan dipentingkan semasa membuat sesuatu keputusan.
b. Perasaan Moral merupakan kehalusan emosi individu yang mengandungi sentimen,empati,simpati ,prihatin,belas kasian,bermotivasi dan murah hati.Perasaan yang bermoral ini membawa kepada tindakan yang bermoral.
c. Tindakan Moral merupakan tingkah laku dan perlakuan individu terhadap semua keputusan yang ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan dirinya.Tindakan moral ini adalah hasil daripada pemikiran moral dan perasaan moral yang mendorong seseorang bertindak secara bermoral.
3.2 Model Insan Moral
Model Insan Moral menekankan perwatakan yang positif harus terdiri daripada tiga dimensi moral,iaitu pemikiran moral,perasaan moral dan tindakan moral.Ketiga-tiga dimensi ini adalah perlu untuk membolehkan sesorang individu mencapai tahap kematangan moral.
Dari sudut dimensi pemikiran moral,seseorang yang berupaya menaakul secara bermoral akan membuat pertimbangan dengan menggunapakaikan nilai-nilai moral seperti rasional,kreatif,adil dan sebagainya.Dengan adanya pemikiran moral,dia tidak bertindak membuta-tuli.
Dimensi perasaan moral membolehkan seseorang melahirkan perasaan negatif seperti malu,bimbang atau bersalah sekiranya dia dalam keadaan yang tidak patut. Manakala dia akan berasa bersimpati,empati dan bertimbang rasa sekiranya keadaan itu memerlukan bantuannya.Rajah 1 yang berikut mempamerkan kombinasi ketiga-tiga dimensi pemikiran moral,perasaan moral dan tindakan moral yang seterusnya membentuk satu model insan moral.
Rajah 1 . Modul Insan Moral
3.3 Sifat-sifat Individu Bermoral
Sifat-sifat moral seseorang individu boleh dilihat melalui perlakuan yang menggambarkan sifat pemikiran kejiwaannya. Terdapat berbagai pendapat dalam menentukan sifat-sifat insan bermoral kerana masing-masing mempunyai fahaman yang tersendiri.Walau bagaimanapun,tiga prinsip utama telah dikemukan sebagai panduan menentukan insan bermoral, iaitu : prinsip keadilan,prinsip alturisme dan autonomi.
a. Prinsip Keadilan mementingkan saksama,seimbang,sama rata dan sama rasa. Namun begitu tidak juga menunjukkan keadilan bila seseorang yang bekerja lebih tetapi masih mendapat layanan yang sama.Bayaran setimpal adalah keadilan bagi mereka dan bukan hanya sama dengan orang lain.Keadilan merupakan satu prinsip moral yang mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan keuntungan antara individu dan masyarakat.Keadilan juga membawa makna tidak pilih kasih,tidak tamak untuk kepentingan diri sendiri.
b. Prinsip Alturisme adalah perlakuan atau tindakan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk kebaikan orang lain mengatasi kepentingan diri sendiri.keputusan yang diambil dan tindakan yang dijelmakan bersifat moral dan berkeperimanusiaan.Alturisme melahirkan perasaan kasih sayang,simpati dan empati yang seterusnya menghilangkan rasa pentingkan diri sendiri kebencian dan tamak.
c.Prinsip Autonomi menerangkan konsep pertimbangan bebas dan kebebasan memilih ,sekiranya pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar adalah tidak boleh dikategorikan sebagai tindakan moral.ini disebabkan individu yang terpaksa membuat pertimbangan adalah tidak berupaya bertingkah laku secara rasional dan adil tingkah laku tersebut hanya mematuhi perintah dan kuasa luar.
Rumusan
individu yang bermoral perlu mengikuti prinsip-prinsip moral iaitu keadilan,alturisme dan autonomi.individu moral seharusnya peka dan memahami terhadap keperluan peraturan dalam masyarakat.mempunyai sifat-sifat peribadi mulia,mendokong etika seperti kemurahan hati,kemanusiaan,kerasionalan dan kesejagatan.
Tajuk 4 : Peranan Sosialisasi Dalam Pembentukan Tingkah Laku Moral Individu
4.0 Konsep Sosialisasi
Sosialisasi merupakan proses seseorang individu mempelajari dan menerima nilai ,sikap,kemahiran yang dipunyai oleh keluarga /masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Sosialisasi dapat membantu seseorang memainkan peranan sosial nya dengan sempurna. Misanya seorang guru akan sedar dan tahu peranan dan tanggungjawab tentunya akan mengasuhkan dan menyayangi anak muridnya.
4.1 Norma Sosial dan Kawalan Sosial
Norma ialah kelakuan standard yang dipersetujui oleh semua ahli kumpulan.Norma sosial pula merupakan peraturan-peraturan yang diterima pakai oleh sebahagian besar ahli masyarakat
Norma sosial lahir daripada proses interaksi antara masyarakat. Norma dapat dipelajari melalui pemerhatian dan juga interaksi sosial.Norma sosial sering berubah seiring dengan perubahan yang berlaku dalam sesuatu masyarakat.
Contoh norma sosial yang sepatutnya berlaku di sekolah ialah :
- Pelajar melafazkan ucapan salam "Assalamualaikum" atau "Selamat pagi" kepada guru dan sesiapa sahaja yang dikenali atau tidak dikenali.
- Beratur dan berbaris ketika hendak membeli makanan dan minuman di kantin sekolah.
- Beratur ketika hendak menaiki bas.
4.2 Tanggungjawab Agen-Agen Moral
Pengenalan
Topik ini mengandungi pecahan kecil iaitu peranan keluarga,sekolah,institusi pengajian,masyarakat dan media massa sebagai agen moral.Perwatakan dan tabiat kanka-kanak pada amnya dibentuk oleh masyarakat dan dikekalkan melalui proses sosialisis. Proses sosialisis penting kerana jika seseorang tidak memahami dan tidak sanggup mematuhi peraturan kelompok atau masyarakatnya dia tidak akan diterima oleh masyarakat itu.
Kekeluargaan
Keluarga merupakan agen sosial yang banyak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Ibu Bapa akan mengejar anak-anak berhubung dengan apa yang harus dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan.Daripada ibu bapa anak-anak akan mempelajari kemahiran,sikap,norma dan nilai-nilai.Keperibadian anak-anak banyak bergantung kepada didikan ibubapa.Ibu Bapa yang tegas melahirkan anak-anak yang kuat disiplin.
Rakan Sebaya
Rakan sebaya seseorang kanak-kanak terdiri daripada mereka yang sebaya dengannya serta berkongsi minat dan aktiviti yang sama.Kumpulan rakan sebaya kebanyakkannya dari status sosial yang sama.Apabila mencapai peringkat remaja pengaruh rakan sebaya bertambah penting kerana mereka menghabiskan masa bersama lebih banyak daripada bersama ibu bapa.Individu ini cenderung untuk mengikuti pandangan,nilai dan sikap rakan-rakan sebaya mereka.Rakan sebaya yang tinggi sahsiahnya akan dapat membentuk kumpulannya kearah peribadi yang mulia.
4.1 Isu-isu Moral Tempatan
Masalah dan isu moral terjadi kerana terdapat percanggahan pendapat,nilai dan sistem pemerintahan setempat dan global.Tidak ada satu penyelesaian muktamad untuk isu-isu moral yang timbul.
Pelajar-pelajar harus mempunyai pandangan yang lebih terbuka dalam menangani isu moral .
a) Penyalahgunaan dadah
Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit,mengurangkan simptom atau mengubahsuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu.
Faktor penyalahgunaan dadah :
Lemah iman
kurang didikan agama
Pengaruh rakan dan persekitaran
Kesan
Individu yang berada dalam keadaan hepatik(khayal) akibat dadah menjadi lemah,mengantuk pengsan bingung dan biasanya tangan mereka akan menggeletar.Mereka ini perlu dirawat dengan segera.
b) Rasuah
Rasuah memang perbuatan yang tidak beretika dan membawa banyak keburukan daripada kebaikan.Pemberian rasuah bukan hanya berbentuk harta benda atau wang ringgit,tetapi apa jua sahaja pemberian yang menerima ganjaran lain yang biasanya menguntungkan pemberinya.Punca-punca berlaku rasuah adalah seperti :
- Sikap mementingkan diri sendiri
- Gaya hidup yang mewahkan dari luar
- Pengaruh sekularisme dan silang budaya
c) Keganasan
Keganasan boleh ditakrifkan dengan sengaja menggunakan kuasa atau kekerasan secara fizikal,mengugut atau benar-benar berbuat keganasan terhadap sesuatu kumpulan atau komuniti,yang besar kemungkinan akan menyebabkan kecederaan,kematian,kesan psikologi,kerencatan tumbesaran dan pengabaian.
d) Pembuangan Bayi
Pembuangan Bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan tidak dingini. Ramai remaja yang mengandung di laur nikah terpaksa membuang bayi mereka terdesak,akibat malu dan takut akibat yang bakal ditanggung.
Kesan Pembuangan Bayi :
- kadar kematian bayi yang lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna
- kesihatan ibu yang terjejas akibat kehilangan darah,jangkitan kuman,kecederaan sewaktu bersalin
- psikologi dan social